Sunday, 24 June 2012

Konsep berhias bagi wanita




Islam itu indah dan tidak menghalang keindahan, kecantikan dan kesempurnaan. 

Sesiapa sahaja boleh cantik dengan syarat tidak mencemari dengan sesuatu yang jijik dan kotor, iaitu apa-apa jua perbuatan yang melanggar batasan syariat.


Icon wanita muslimah - Wardina Saffiyah

Keindahan dan kecantikan seorang wanita ialah mempamerkan kecantikan diri kepada orang lain. Kecantikan yang dipamerkan adalah untuk suami sendiri tidak menjadi masalah tetapi jika bukan suami yang melihat kecantikan dan keindahan tersebut, nescaya ia akan mengundang dosa dan murka Allah SWT.

Seluruh kecantikan wanita hendaklah ditutupi dari atas kepala hingga lah ke kuku kaki. 

Seseorang wanita boleh berhias tetapi...

  • Pakaian tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit. 
  • Bukan menutup bahagian rambut sahaja, tetapi seluruh bahagian kecuali muka dan tapak tangan.
  • Pakaian perlu longgar supaya tidak kelihatan bentuk badan.
  • Tidak berjalan dengan lenggang lenggok.
  • Memakai wangi-wangian sekadar keperluan, bukannya untuk menarik perhatian lelaki.
Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk mengamalkan apa yang diperintahkan olehNya.

sumber rujukan Majalah Gen-Q

Adab berpakaian




Hye semua...maaflah lama tak update this blog...agak kesibukan sikit kebelakangan ni sejak bekerja.

Hari ini ayu ada baca majalah Gen-Q terjumpa satu artikel bertajuk Hamba Allah vs Hamba Trend. Daripada tajuk tu mesti ramai yang memahami apa yang dimaksudkan tentang Hamba Allah dan Hamba Trend. 

Berbalik kepada tajuk post ayu kali ini, tentang adab berpakaian, dalam Islam kita telah diberi panduan tentang cara pemakaian yang betul. Tetapi sebaliknya berlaku pada zaman kini kita lebih terpengaruh dengan trend pemakaian yang bertentangan dengan agama. 

Apa adab pemakaian yang berlandaskan ajaran Islam?

  1. Sederhana Berpakaian.
    • Tidak mengenakan pakaian mewah dan mahal kerana boleh menyemai sikap sombong.
  2. Tidak menyerupai pakaian non-Muslim.
    • Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka (Maksud Hadis).
  3. Tidak berpakaian yang menimbulkan fitnah.
    • Misalnya, mengenakan pakaian yang terlalu banyak hiasan dan pelbagai warna. Ataupun terdapat gambar salib, tengkorak dan lain-lain. Seharusnya pakaian seperti ini dihindari.





Oleh itu katakan TIDAK kepada trend yang tidak selari dengan Agama dan budaya kita. Memakai pakaian yang baik adalah cerminan identiti dan jiwa kita.

Wallahualam..




Monday, 16 April 2012

Bersyukur Kita sebagai Seorang Muslim





Betapa agung Allah Yang Maha Penyayang telah menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangNya. Kita di lahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa kita minta. Ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita.

Tiada sikap yang begitu bai dapat kita lahirkan melainkan rasa bersyukur kepada Allah atas limpahan kasih sayangnya kepada kita dalam kehidupan ini. Kita mesti bersyukur kerana Allah mencipta kita sebagai manusia, bukan pokok bukan kucing bukan ikan atau bukan ayam. Makhluk yang begitu sempurna. 

Nikmat Iman dan Islam adalah anugerah terbesar Allah kepada kita. Tanpa iman, pincanglah hidup kita. Islam dan Iman menjadikan hidup kita lebih baik dan lebih bahagia.

Segala kenikmatan yang kita miliki sekarang adalah kurniaan dariNya. Kita mesti bersyukur dengan segala pemberianNya. 

Bersyukur dengan keislaman kita bererti kita perlu benar-benar hidup di bawah naungan Islam. Islam perlu menjadi sumber dan tujuan kepada pemikiran dan tindakan. Segala aktiviti kita, sama ada aktiviti peribadi, keluarga mahupun aktiviti masyarakat perlu berlandaskan pada ajaran Islam.

Alhamdullillah...atas nikmat dan peluang yang telah Engkau berikan kepada ku dan seluruh ahli keluargaku. Permudahkan segala urusan kami dan lindungilah Kami di bawah payung rahmat Mu.


Thursday, 8 March 2012

Hari Wanita Sedunia 8 Mac 2012





It's our day!...




Selamat Hari Wanita untuk semua wanita yang membaca blog ni....


Kita adalah muslimah yang dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap semakin memancarkan kilauan cahayanya. 
Apabila kita ditempatkan di tempat yang mulia, kita akan disanjung bagaikan permaisuri. 
Apabila kita dibekalkan ilmu di dada kita akan menjadi cendiakawan bistari. 
Kita sebagai muslimah akan dikenang sebagai suri sang raja, menjadi ibu kepada putera-puteri.


Seluruh hidup seorang wanita adalah ibadah. Sekecil-kecil perbuatan kita adalah ibadah. Bekerja, mengemas rumah, memasak, mengurus anak-anak, melayan suami, bermasyarakat, membeli-belah dianggap ibadah. Semuanya yang kita kerja kan adalah ibadah asalkan niat kita ikhlas kerana Allah SWT.


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat di mana cinta itu ada.


Raikan hari wanita sedunia sebagai penghargaan seorang wanita yang sentiasa menjadi tulang rusuk si suami. Yang menjadi penyokong kepada kejayaan suami, yang sanggup berjuang untuk kebahagiaan suami, yang sentiasa menjaga maruah walau di mana berada, yang menjadi anak solehah kepada ayah, yang menjadi ibu kepada anak-anak si suami. yang sanggup berjaga malam untuk menjaga anak, tak terkira apa pun yang dilakukan seorang wanita itulah pengorbanan seorang wanita dalam rumah tangga. Itulah tangan yang menghayun buaian yang boleh mengoncangkan dunia ini. Tangan inilah yang akan mendidik putera-puteri menjadi pejuang-pejuang agama yang akan menegakkan agama. 


Wahai suami, lindunginya isteri dan anakmu dari kejahatan dunia ini.
Kasihi lah wanita-wanita dalam hidup para lelaki..








Friday, 10 February 2012

Making It Work: How to Save Time, Get Fit, and Win at Life



I get it— you’re busy but give a minute to think .




Fikirkan apa matlamat terpenting anda? Tetapkan mata anda ke arahnya...


Apa yang akan anda lakukan? 


Tercapaikah?


Cergas kah anda semasa menjalankan tugas anda di pejabat anda? 


Bersemangat kah anda? 


Penampilan anda bagaimana? 


Muat ke seluar jeans kurus anda?  







Examine Your Behavior

Adakah anda kerap pergi ke gimnasium?


                                       

Adakah anda makan makanan yang betul?


Adakah anda mengambil diet seimbang?


Adakah anda makan dengan cukup?



Adakah anda cukup tidur?



Does Your Behavior Match Your Goals?

Tanya balik pada diri anda, adakah tindakan anda bersesuaian dengan matlamat anda? Bolehkah ia nya tercapai? Adakah kesihatan anda baik untuk melaksanakannya?



Now Focus

Walaupun anda tidak ada masa untuk pergi ke gimnasium atau berjogging di hujung minggu anda  tapi boleh dapat kan kecergasan dan kecerdasan dengan memakai PB kerana 


MEMAKAI PREMIUM BEAUTIFUL
1 JAM 
AKAN MEMBAKAR 
900 KALORI !!!!


BERJOGGING HANYA 
1/2 JAM 
AKAN MEMBAKAR 
350 KALORI SAHAJA

WOW !!!



Dan anda boleh fokus pada matlamat anda...




I'm giving out special price premium beautiful corset this month.. 
Anyone interested mesej ayu key :-)


 sms / call  013 2555164
or 
email beautywithayu@gmail.com



Monday, 6 February 2012

Cantik @ Sihat ?

Antara Cantik atau Sihat mana yang anda pilih?

Ada yang pilih cantik, ada yang nak sihat. Ada pilih untuk keduanya. Namun kedua saling berkaitan antara satu sama lain dan perlulah seiring. 

Cantik pada saya satu perkara subjektif. Bukan maknanya bertubuh besar tidak boleh kelihatan cantik. Malah jika kena gaya dan cara, orang bertubuh besar lebih nampak cantik daripada mereka bertubuh langsing.


Rasulullah pernah menggambarkan kecantikan agama Islam dalam hadis,

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Riwayat Muslim & Tarmizi)

Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firman-Nya,

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf: 31)


Menjaga kesihatan juga dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
 1. Bersenam @ beriadah.
 2. Mengawal makanan.

Kesihatan itu terlalu bernilai. Memelihara kesihatan adalah penting berbanding merawat apabila sudah terkena penyakit. Falsafah yang disebut seantero dunia iaitu ‘mencegah lebih baik daripada mengubat' agak relevan dengan pegangan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Ia selari dengan pemeliharaan kesihatan yang dianjurkan dalam Islam. Namun, benarkah ia juga menjadi pegangan utama masyarakat Islam dalam dunia kesihatan pada hari ini?

Pada saya, jika cantik di luar, hendaknya cantik juga di dalam. Maknanya, hati mesti baik, tingkah laku perlu beradab dan tutur kata bersopan. Itulah keindahan yang sebenarnya. Saya ingin menarik perhatian anda terhadap pentingnya kesihatan kepada manusia selain dari mahu cantik. Kedua-dua perkara ini perlu seiring.

Jangan kerana hendak cantik, kita sanggup seksa diri dan menahan lapar.
Jangan kerana nak cantik kita biarkan wajah dan tubuh kita disuntik dan dilapah sesuka hati, sebabnya itu bukan cara terbaik mengekalkan kecantikan dan kesihatan.

Jika kita sihat, kita boleh menjalankan ibadah kita dengan baik dan khusyuk. Namun biarlah amalan menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Sihat dan cantik memang dituntut, malah Rasulullah sendiri digambarkan sebagai individu yang sangat pembersih, kemas dan sedap mata memandang.

Friday, 20 January 2012

Jauhi Perkara Negatif, Jauhi Orang Negatif

Kita dipengaruhi oleh 



orang sekeliling





tv

surat khabar. 


So jaga persekitaran kita dan keluarga. 





Lihat siapa kawan kita itulah kita. 




Berkawan dengan orang positif. 





Ubah diri kita dan berjaya dengan sendiri kita akan jadi 

magnet kepada orang berjaya



Tuesday, 17 January 2012

Hello World!


Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Ayu harap semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah dalam mengharungi kehidupan mendatang.

Masih belum terlambat untuk Ayu mengucapkan Selamat Tahun Baru bersama harapan tahun 2012 akan membawa cahaya gemilang dalam apa juga yang dilakukan.

Hadirnya 2012 membawa bersama perubahan dan azam dalam kehidupan insan.  Sebahagian daripada kita sudah mencapai  apa yang diingini pada tahun lalu.

 2011 adalah tahun kebahagian buat diri Ayu kerana pada tahun 2011 Ayu bergelar isteri kepada Mohd Affendy pada 1hb Januari  



dan bergelar seorang ibu kepada puteri kesayangan Maryam Amni pada 1hb November 2011.



Kepada yang belum mencapai apa-apa pada 2011, 2012 mungkin menjanjikan kebahagian atau kejayaan asalkan ada usaha dan jangan putus berdoa mohon Allah makbulkan segala permintaan ke arah kebaikan.
Selagi ada usaha tidak ada yang mustahil untuk mendapatkannya. Bersandarkan harapan, kita gerakkan tindakan, insyaAllah di hujung jalan pasti ada kejayaan.

Hati-hati kala meniti
Rasa tak sabar untuk bertemu
Bila berkasih jangan berhenti
Bila bertemu jangan jemu. ;-)

Sunday, 8 January 2012

If you have a dream, give it a chance to happen.

Yes I have my dreams..



 I want to have a wonderful family. Can have time to talk, play, eat together.
 



 I want financial freedom. Freedom spending money
.  


 I dream to have a big house for us.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...