Sunday, 24 June 2012

Konsep berhias bagi wanita




Islam itu indah dan tidak menghalang keindahan, kecantikan dan kesempurnaan. 

Sesiapa sahaja boleh cantik dengan syarat tidak mencemari dengan sesuatu yang jijik dan kotor, iaitu apa-apa jua perbuatan yang melanggar batasan syariat.


Icon wanita muslimah - Wardina Saffiyah

Keindahan dan kecantikan seorang wanita ialah mempamerkan kecantikan diri kepada orang lain. Kecantikan yang dipamerkan adalah untuk suami sendiri tidak menjadi masalah tetapi jika bukan suami yang melihat kecantikan dan keindahan tersebut, nescaya ia akan mengundang dosa dan murka Allah SWT.

Seluruh kecantikan wanita hendaklah ditutupi dari atas kepala hingga lah ke kuku kaki. 

Seseorang wanita boleh berhias tetapi...

  • Pakaian tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit. 
  • Bukan menutup bahagian rambut sahaja, tetapi seluruh bahagian kecuali muka dan tapak tangan.
  • Pakaian perlu longgar supaya tidak kelihatan bentuk badan.
  • Tidak berjalan dengan lenggang lenggok.
  • Memakai wangi-wangian sekadar keperluan, bukannya untuk menarik perhatian lelaki.
Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk mengamalkan apa yang diperintahkan olehNya.

sumber rujukan Majalah Gen-Q

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...