It's our day!...
Selamat Hari Wanita untuk semua wanita yang membaca blog ni....
Kita adalah muslimah yang dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap semakin memancarkan kilauan cahayanya.
Apabila kita ditempatkan di tempat yang mulia, kita akan disanjung bagaikan permaisuri.
Apabila kita dibekalkan ilmu di dada kita akan menjadi cendiakawan bistari.
Kita sebagai muslimah akan dikenang sebagai suri sang raja, menjadi ibu kepada putera-puteri.
Seluruh hidup seorang wanita adalah ibadah. Sekecil-kecil perbuatan kita adalah ibadah. Bekerja, mengemas rumah, memasak, mengurus anak-anak, melayan suami, bermasyarakat, membeli-belah dianggap ibadah. Semuanya yang kita kerja kan adalah ibadah asalkan niat kita ikhlas kerana Allah SWT.
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat di mana cinta itu ada.
Raikan hari wanita sedunia sebagai penghargaan seorang wanita yang sentiasa menjadi tulang rusuk si suami. Yang menjadi penyokong kepada kejayaan suami, yang sanggup berjuang untuk kebahagiaan suami, yang sentiasa menjaga maruah walau di mana berada, yang menjadi anak solehah kepada ayah, yang menjadi ibu kepada anak-anak si suami. yang sanggup berjaga malam untuk menjaga anak, tak terkira apa pun yang dilakukan seorang wanita itulah pengorbanan seorang wanita dalam rumah tangga. Itulah tangan yang menghayun buaian yang boleh mengoncangkan dunia ini. Tangan inilah yang akan mendidik putera-puteri menjadi pejuang-pejuang agama yang akan menegakkan agama.
Wahai suami, lindunginya isteri dan anakmu dari kejahatan dunia ini.
Kasihi lah wanita-wanita dalam hidup para lelaki..
Kasihi lah wanita-wanita dalam hidup para lelaki..

