Sunday, 24 June 2012

Adab berpakaian




Hye semua...maaflah lama tak update this blog...agak kesibukan sikit kebelakangan ni sejak bekerja.

Hari ini ayu ada baca majalah Gen-Q terjumpa satu artikel bertajuk Hamba Allah vs Hamba Trend. Daripada tajuk tu mesti ramai yang memahami apa yang dimaksudkan tentang Hamba Allah dan Hamba Trend. 

Berbalik kepada tajuk post ayu kali ini, tentang adab berpakaian, dalam Islam kita telah diberi panduan tentang cara pemakaian yang betul. Tetapi sebaliknya berlaku pada zaman kini kita lebih terpengaruh dengan trend pemakaian yang bertentangan dengan agama. 

Apa adab pemakaian yang berlandaskan ajaran Islam?

  1. Sederhana Berpakaian.
    • Tidak mengenakan pakaian mewah dan mahal kerana boleh menyemai sikap sombong.
  2. Tidak menyerupai pakaian non-Muslim.
    • Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka (Maksud Hadis).
  3. Tidak berpakaian yang menimbulkan fitnah.
    • Misalnya, mengenakan pakaian yang terlalu banyak hiasan dan pelbagai warna. Ataupun terdapat gambar salib, tengkorak dan lain-lain. Seharusnya pakaian seperti ini dihindari.





Oleh itu katakan TIDAK kepada trend yang tidak selari dengan Agama dan budaya kita. Memakai pakaian yang baik adalah cerminan identiti dan jiwa kita.

Wallahualam..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...