Ada yang pilih cantik, ada yang nak sihat. Ada pilih untuk keduanya. Namun kedua saling berkaitan antara satu sama lain dan perlulah seiring.
Cantik pada saya satu perkara subjektif. Bukan maknanya bertubuh besar tidak boleh kelihatan cantik. Malah jika kena gaya dan cara, orang bertubuh besar lebih nampak cantik daripada mereka bertubuh langsing.
Rasulullah pernah menggambarkan kecantikan agama Islam dalam hadis,
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Riwayat Muslim & Tarmizi)
Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firman-Nya,
"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf: 31)
Menjaga kesihatan juga dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Kesihatan itu terlalu bernilai. Memelihara kesihatan adalah penting berbanding merawat apabila sudah terkena penyakit. Falsafah yang disebut seantero dunia iaitu ‘mencegah lebih baik daripada mengubat' agak relevan dengan pegangan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Ia selari dengan pemeliharaan kesihatan yang dianjurkan dalam Islam. Namun, benarkah ia juga menjadi pegangan utama masyarakat Islam dalam dunia kesihatan pada hari ini?
Pada saya, jika cantik di luar, hendaknya cantik juga di dalam. Maknanya, hati mesti baik, tingkah laku perlu beradab dan tutur kata bersopan. Itulah keindahan yang sebenarnya. Saya ingin menarik perhatian anda terhadap pentingnya kesihatan kepada manusia selain dari mahu cantik. Kedua-dua perkara ini perlu seiring.
Jangan kerana hendak cantik, kita sanggup seksa diri dan menahan lapar.
Jangan kerana nak cantik kita biarkan wajah dan tubuh kita disuntik dan dilapah sesuka hati, sebabnya itu bukan cara terbaik mengekalkan kecantikan dan kesihatan.
Jika kita sihat, kita boleh menjalankan ibadah kita dengan baik dan khusyuk. Namun biarlah amalan menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Sihat dan cantik memang dituntut, malah Rasulullah sendiri digambarkan sebagai individu yang sangat pembersih, kemas dan sedap mata memandang.
No comments:
Post a Comment