Tuesday, 17 January 2012

Hello World!


Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Ayu harap semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah dalam mengharungi kehidupan mendatang.

Masih belum terlambat untuk Ayu mengucapkan Selamat Tahun Baru bersama harapan tahun 2012 akan membawa cahaya gemilang dalam apa juga yang dilakukan.

Hadirnya 2012 membawa bersama perubahan dan azam dalam kehidupan insan.  Sebahagian daripada kita sudah mencapai  apa yang diingini pada tahun lalu.

 2011 adalah tahun kebahagian buat diri Ayu kerana pada tahun 2011 Ayu bergelar isteri kepada Mohd Affendy pada 1hb Januari  



dan bergelar seorang ibu kepada puteri kesayangan Maryam Amni pada 1hb November 2011.



Kepada yang belum mencapai apa-apa pada 2011, 2012 mungkin menjanjikan kebahagian atau kejayaan asalkan ada usaha dan jangan putus berdoa mohon Allah makbulkan segala permintaan ke arah kebaikan.
Selagi ada usaha tidak ada yang mustahil untuk mendapatkannya. Bersandarkan harapan, kita gerakkan tindakan, insyaAllah di hujung jalan pasti ada kejayaan.

Hati-hati kala meniti
Rasa tak sabar untuk bertemu
Bila berkasih jangan berhenti
Bila bertemu jangan jemu. ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...